14 September 2009

Kategori Pemandu Jalan Raya Yang Aku Bengang

Semalam aku baru balik dari kampung wife aku di Tapah Perak ke KL. Dalam perjalanan tue aku dapat idea tabiat pemanduan kurang hasam rakyat Malaysia. Ada sesetengahnya aku kasihan, ada jugak yg aku rasa dah lama hidup, malah ada juga yang aku rasa mcm nak gelek jerr diorang nie dgn buldozer.

1. Terlepas simpang dan cuba undur balik
Aku paham terutamanya jalan di sekitar KL nie yang terlalu banyak simpang, terlalu banyak signboard sehinggakan kita boleh confius signboard ini utk menunjukkan jalan ke mana? Akan tetapi bagi aku orang yang bawak kereta dan terlepas simpang sehingga 200 meter jauhnya aku bagi tabik dan dlm masa yg sama aku maki. Aku tabik kerana diorang nie boleh undur kereta sampai ke simpang yg diorang nak masuk without thinking yang belakang diorang tue ada bas ker, ada kepala lori scania ker, masuk gear kasik signal terus undur. Dan dalam masa yg sama aku akan horn kalau boleh sampai habis bateri kereta aku dan maki sambil mengeluarkan kata2 "abg beli kereta nie kat mana ada satu gear jerr!"

2. Potong ikut lorong kiri
Benda nie paling worse kalau korang bawak kereta di highway 3 lorong. Situasi dia mcm nie, anda duduk di lorong tengah, nak potong kenderaan di lorong kiri sekali dengan steady sekali. Tiba-tiba ada sebuah kereta lain dari lorong kiri dengan lajunya terus masuk didepan anda kerana nak potong kereta yg anda nak potong tadi. Si badigol nie mmg aku pelik tak tahu sekolah memandu mana dia ambik lesen, alang2 ko dah laju hentam lah lorong memotong. Mmg kepala otak taruk belakang betis.

3. Bawak 48km/j di lorong memotong
Aku rasa sbb org mcm nie lahh si badigol yg aku sebut dekat point no.2 nie taknak potong ikut lorong memandu. Org mcm nie aku rasa dia pikir telah banyak menyumbang cukai pendapatan kepada negara sbb itu lah dia rasa dia boleh buat apa yang dia suka.

4. Bila bas atau lori memotong di lebuhraya
Dalam banyak² kes aku rasa yg nie paling horror sekali. Benda nie akan jadik horror bila ko maintain bawak 120km/j, dengan tiba² nya kenderaan besar nie memtong ko sama ada di lorong kanan atau kiri. Meremang bulu roma beb nak² yg jenis bawak besi lepas tue ikat mcm tali rafia jerr.

5. Motor yang suka horn sepanjang jem
Dalam kes nie aku bukan nak salahkan motor, tindakan geng² motor nie mmg amat bijak disebabkan pemandu² yang terlampau sopan nie suka menukar lorong tanpa memberi sebarang signal. Aku tgk selalu yang buat perangai mcm nie sama ada dia bawak kereta bersaiz bawah 1000cc ataupun kereta yang terlampau mewah yang pemandunya berperasaan "wey korang tak kenal aku ker, aku nie somebody laarr"

6. Masuk lorong kita 100m sebelum sampai simpang
Korang paham tak maksud aku nie, dia nak masuk simpang sebelah kiri jalan korang, tapi lg 100m nak sampai tau2 dia dah ada kat depan ko utk masuk ke simpang sebelah kiri korang tue. Bila aku jumpa org mcm nie, aku lagi tekan minyak kasik dia panik, tak kira laar motor ker kereta ker. Mcm dah takder hari nak tunggu....



Jangan biarkan ini terjadi kepada anda


Mahupun yang ini

No comments:

Post a Comment